Tuesday 4 October 2016

CARA KEMBALI KURUS DENGAN AIR KOSONG

Anda antara orang yang mengelak dari minum air kosong dalam kehidupan seharian? Kalau tidak, masih ada masa untuk anda berubah sekarang. Jika Ya? Berapa gelas sehari anda mengamalkan minum air kosong yang mencukupi dalam hidup anda untuk sehari?

Kita disarankan untuk minum lebih kurang 8 gelas air sehari. Secara puratanya 2 Liter atau paling kurang satu botol air mineral besar.



Asas Air untuk badan

Air adalah kita!
75 peratus dari badan kita mengandungi air, terutamanya dalam plasma darah. Komposisi air dalam badan manusia bergantung kepada factor umur, jantina dan persekitaran. Air adalah antara satu daripada 8 jenis kelas utama makanan yang diperlukan oleh badan dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Air meliputi sel badan kita dan proses biokimia biasanya berlaku dalam kawasan yang berair. Antara fungsi lain air adalah seperti mengawal suhu badan kita dan juga melarutkan nutrient dalam badan.

Berapa banyak air diperlukan dalam sehari?
Secara Amnya, ia bergantung kepada berapa banyak jumlah air yang hilang dalam sehari. Mengambil kira aktiviti fizikal yang kita lakukan setiap hari seperti berjalan ke tempat kerja dan sebagainya. Kehilangan air yang banyak seharusnya ditampung oleh pengambilan air yang secukupnya untuk mengelakkan badan kita daripada dehidrasi. Secara purata, orang dewasa kehilangan air sebanyak 2-3 Liter air dalam sehari. Semakin banyak air yang hilang jika orang tersebut menetap di Negara yang mempunyai persekitaran yang agak panas seperti Malaysia.


Tips pengambilan air yang betul untuk memberi manfaat kepada badan kita

  1. Dua gelas air selepas bangun dari tidur 
  • Membantu organ dalaman untuk berfungsi dengan kadar yang optimum
  2.  Satu gelas air setengah jam sebelum makan
  • Membantu dalam proses penghadaman makanan
  3. Satu gelas air sebelum mandi
  • Penting untuk menurunkan tekanan darah
   4. Satu gelas air sebelum tidur
  • Mengelak daripada serangan jantung



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...