Thursday 13 October 2016
Saturday 8 October 2016
CARA SENANG UNTUK MENGIRA BMI ANDA
Body Mass Index (BMI) atau Indeks Jisim Badan adalah petunjuk jumlah lemak badan seseorang berdasarkan nisbah berat badan berbanding ketinggiannya.
Nilai BMI memberitahu samada seseorang itu kurang berat badan/kurus, berat badan normal, berat badan berlebihan/gemuk, atau obes. Lagi besar BMI, lebih gemuk orang itu.
Anda boleh cuba kira BMI menggunakan kalkulator di bawah.
PETUA KULIT CANTIK SECARA SEMULAJADI
Anda mahu kulit cantik? Tidak mahu melabur wang ringgit dengan membeli produk kecantikan di pasaran? Senang je. Posting ini saya akan kongsi sedikit sebanyak petua untuk mendapatkan kulit cantik secara semulajadi. Berikut adalah petua untuk mendapatkan kulit cantik yang perlu anda ketahui.
1. Teh hijau
Caranya:
Ambil uncang teh hijau yang basah, letakkan di atas kelopak mata selama 15 minit. Kesan daripadanya dapat melembabkan kulit dan menghilangkan lingkaran hitam di sekitar bawah mata.
Wednesday 5 October 2016
TURUNKAN BERAT BADAN TANPA BERLAPAR
Anda mungkin
pernah mengalami situasi dimana perut anda terasa kosong walaupun anda telah ‘tibai’
sebungkus nasi lemak sejam sebelum. Waktu ‘lunch’ lambat lagi, baru pukul 10
pagi tapi anda dan mula rasa lapar. Cara senang untuk rawat ‘perut kosong’ anda
ialah dengan mengunyah snek atau makanan ringan. Makanan ringin disini bukanlah
bermaksud ‘cekedis’, mee segera dan yang seangkatan dengannya. Maksud snek atau
makanan ringan ialah makanan sihat yang berkalori rendah.
Snek untuk menurunkan berat badan bunyi seperti idea yang gila! Tetapi ini cara yang sesuai untuk anda menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar dan berhenti mengunyah.
YAMADA YOSHIKO : WANITA JEPUN YANG AWET MUDA ( 8 GAMBAR )
Awet muda merupakan impian hampir semua manusia khususnya kaum wanita. Di Malaysia, produk kosmetik dan kecantikan bercambah subur sejak kebelakangan ini. Permintaan dan kuasa membeli tinggi menyebabkan lahirnya pelbagai produk kecantikan di negara ini. Kegilaan untuk kelihatan cantik, muda dan kurus bukan sahaja di Malaysia, ia merebak di seluruh dunia. Di Jepun, seorang wanita bernama Yamada Yoshiko menjadi terkenal kerana wajah dan susuk tubuh beliau tidak selari dengan umur.
Yamada Yoshiko berumur 51 tahun tetapi wajahnya seakan-akan wanita awal 30an. Yoshiko mula terkenal dan mendapat perhatian netizen selepas gambar-gambar beliau mula tersiar di dalam majalah-majalah di Jepun.
Tuesday 4 October 2016
CARA KEMBALI KURUS DENGAN AIR KOSONG
Anda antara orang yang mengelak
dari minum air kosong dalam kehidupan seharian? Kalau tidak, masih ada masa
untuk anda berubah sekarang. Jika Ya? Berapa gelas sehari anda mengamalkan
minum air kosong yang mencukupi dalam hidup anda untuk sehari?
Kita disarankan untuk minum lebih
kurang 8 gelas air sehari. Secara puratanya 2 Liter atau paling kurang satu
botol air mineral besar.
Subscribe to:
Posts (Atom)