Saturday 8 October 2016

PETUA KULIT CANTIK SECARA SEMULAJADI

Anda mahu kulit cantik? Tidak mahu melabur wang ringgit dengan membeli produk kecantikan di pasaran? Senang je. Posting ini saya akan kongsi sedikit sebanyak petua untuk mendapatkan kulit cantik secara semulajadi. Berikut adalah petua untuk mendapatkan kulit cantik yang perlu anda ketahui.

1. Teh hijau
Teh hijau telah terbukti secara klinikal bahawa ianya minuman yang kaya dengan anti bakteria, anti keradangan dan antioksida. Selepas habis menikmati hidangan teh anda, pastikan anda tidak membuang uncang teh tersebut.


Caranya: 
Ambil uncang teh hijau yang basah, letakkan di atas kelopak mata selama 15 minit. Kesan daripadanya dapat melembabkan kulit dan menghilangkan lingkaran hitam di sekitar bawah mata.


2. Kunyit

Kunyit berfungsi untuk jerawat dan ekzema. Ia mengurangkan keradangan dan kemerahan, disamping menggalakkan penyembuhan kulit. oleh kerana ciri-ciri antioksidan kunyit, ia telah digunakan untuk premajaan kulit ( awet muda). Kunyit juga dapat membantu mengurangkan kedutan dan melembutkan permukaan kulit.

Caranya:
1 sudu teh kunyit
1 sudu teh madu
1 sudu teh yogurt asli atau susu


Campurkan ketiga-tiga bahan ini dan sapukan pada wajah anda sebagai masker. Biarkan selama 15 minit dan basuh wajah anda dengan air suam.

3. Air Beras 
Kita selalunya buang je air basuhan beras, tapi tahukah anda orang jepun membilas muka dan kulit mereka menggunakan air dari basuhan beras. Apa yang ' magic' sangat dengan air beras ni?

Sebenarnya air beras mengandungi kandungan antioksidan yang membantu melindungi kulit dar sinar UV disamping dapat melembabkan kulit dan secara tidak langsung mengurangkan kedutan pada kulit.

Caranya:
Celupkan kapas atau kain ke dalam air beras dan perlahan-lahan sapu ke kulit wajah anda. Biarkan selama 10-15 minit untuk memastikan ianya benar-benar kering, selepas itu bilas dengan air suam. 

Dengan penggunaan yang teratur, kulit anda akan terasa lembut, tegang dan berseri. Gunakan setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin penjagaan kulit anda

4. Arang aktif

Arang boleh bertindak sebagai 'magnet' untuk menarik kotoran keluar dari liang kulit. Penggunaan arang sebagai ejen pencuci wajah secara tidak langsung dapat mencuci kekotoran yang tersumbat dalam liang kulit.

Caranya:

2 sudu arang aktif
2 sudu gel aloe vera

Gaul dua bahan ini dengan sebati, oleskan pada wajah anda sebagai mask. Biarkan 10 minit sehingga ianya betul-betul kering. Tanggalkan mask tersebut dan bilas dengan air suam.

5. Timun

Timun dapat menghilangkan lingkaran hitam sekitar mata (mata panda), mengecilkan pori/rongga kulit dan merawat sunburn. 

Caranya:
Hiris timun dan letakkan pada mata anda. Untuk merawat kesan sunburn, kisar timun sehingga halus dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air sejuk.

6. Aloe Vera
Aloe vera di gunakan secara turun temurun untuk merawat luka terbakar. Aloe vera dalam bentuk gel mampu merawat sunburn ataupun tona kulit yang tidak sekata.

Caranya:
1 sudu gel aloe vera
1 sudu madu

Gaul dua bahan ini sehingga sebati dan oleskan pada wajah. Biarkan selama 30 minit. Bilas dengan air suam. Lakukan petua ini sebagai rutin sebelum tidur.


SELAMAT MENCUBA!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...