Wednesday 5 October 2016

TURUNKAN BERAT BADAN TANPA BERLAPAR

Anda mungkin pernah mengalami situasi dimana perut anda terasa kosong walaupun anda telah ‘tibai’ sebungkus nasi lemak sejam sebelum. Waktu ‘lunch’ lambat lagi, baru pukul 10 pagi tapi anda dan mula rasa lapar. Cara senang untuk rawat ‘perut kosong’ anda ialah dengan mengunyah snek atau makanan ringan. Makanan ringin disini bukanlah bermaksud ‘cekedis’, mee segera dan yang seangkatan dengannya. Maksud snek atau makanan ringan ialah makanan sihat yang berkalori rendah.


Snek untuk menurunkan berat badan bunyi seperti idea yang gila! Tetapi ini cara yang sesuai untuk anda menurunkan berat badan tanpa perlu berlapar dan berhenti mengunyah.


Caranya adalah dengan makan makanan ringan yang mempunyai kiraan kalori yang rendah, namun tetap mengenyangkan. Makanan ringan atau snek yang dipilih mestilah banyak serat, air, nutrien, rendah lemak dan berkalori rendah.

Pilihan Snek Terbaik:


POPCORN
Popcorn mengandungi sumber nutrien yang baik, seperti magnesium dan kalium. Dua cawan popcorn hanya mengandungi 62 kalori. Jumlah pop corn yang banyak cukup untuk menghilangkan rasa lapar anda. Walaupun jumlah popcorn yang dimakan kelihatan banyak tetapi jumlah kalori tetap rendah.

PISANG
Pisang kaya dengan Kalium dan hanya mempunyai 90 nilai kalori. Ianya senang untuk dibawa tanpa perlu melalui proses penyediaan yang rumit. Anda hanya perlu beli pisang ataupun tanam sendiri kalau nak lebih jimat.

BUAH
Buah-buahan kebanyakannya mempunyai kalori yang agak tinggi disebabkan kandungan gula yang ada didalamnya, tetapi kandungan nutrien yang terkandung juga tinggi. Buah-buahan sesuai untuk dijadikan snek kerana ianya mudah dan cepat untuk dihadam. Tapi perlu ingat, jangan terlampau banyak makan buah-buahan yang manis seperti epal, cukuplah sekadar sebiji sehari. An apple a day keeps the doctor away!

SAYUR
Sayur-sayuran terutamanya lobak merah adalah pilihan yang terbaik untuk makanan ringan yang sihat. Ia mengandungi air dan serat yang tinggi, disamping nilai kalori yang rendah.

KEKACANG
Kekacang merupakan salah satu pilihan baik untuk snek anda. Bagi memastikan kalori yang anda ambil tidak terlebih dari yang sepatutnya, pastikan jumlah yang diambil tidak terlalu banyak. Memadailah untuk sekadar meghilangkan rasa ‘kosong’ dalam perut. Sejumlah kecil kacang badam iaitu kira-kira tiga belas biji menyamai 100 kalori.

Snek merupakan salah satu cara untuk menurunkan berat badan, tetapi anda perlulah meletakkan snek pada masa yang sesuai. Janganlah seminggu je makan snek. Sarapan pagi, tengah hari, malam juga perlulah diambil kira. Snek hanyalah untuk mengisi perut jika terasa lapar bukan pada waktu-waktu makan yang sepatutnya.
 

 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...