Thursday 13 October 2016

KAWAL BERAT BADAN DENGAN MENGAWAL JUMLAH KALORI


Tahukah anda apa itu kalori? Kalori adalah satu unit untuk mengira tenaga yang ada dalam makanan anda. Tubuh manusia memerlukan kalori sebagai sumber untuk ditukar menjadi tenaga. Jika nilai kalori ini tidak digunakan habis, ia akan ditukar menjadi lemak. Sebaliknya, jika anda menggunakan tenaga melebihi nilai kalori yang diambil, lemak akan dibakar bagi menggantikan nilai kalori yang tidak mencukupi itu.

Sebagai contoh : Anda makan nasi goreng telur mata dan teh tarik, jumlah kalori dari keseluruhan hidangan ini ialah 700 cal. 

Selepas itu anda melakukan aktiviti lasak yang menggunakan banyak tenaga. Sebanyak 800 cal telah digunakan untuk aktiviti tersebut. 

Kalori yang anda ambil hanyalah 700 cal manakala aktiviti tersebut memerlukan 800 cal. Anda kekurangan 100 cal untuk melakukan aktiviti tersebut. 

Apa yang berlaku, apabila tubuh anda menggunakan kesemua 700 kalori, tiada lagi jumlah kalori yang tersisa untuk digunakan. Tapi tubuh anda masih memerlukan sebanyak 100 kalori untuk melakukan aktiviti lasak itu. Jadi, untuk menampung kekurangan kalori, lemak dalam badan anda akan dibakar untuk digunakan sebagai tenaga. 

Jika anda mahu mengurangkan berat badan, pastikan jumlah kalori yang diambil kurang daripada jumlah kalori yang digunakan. 

Sebaliknya, jika ingin menambah berat badan, pastikan jumlah kalori yang diambil melebihi daripada yang digunakan, Dengan erti kata lain, kalau nk gemuk makan banyak-banyak.

Untuk mengetahui jumlah kalori yang perlu anda ambil, gunakan kalkulator di bawah.


Kalkulator Kalori Harian
MASUKKAN MAKLUMAT ANDA
Jantina                           
Tinggi  
Berat  
Umur Tahun
Aktiviti Yang Di lakukan
 Automatic recalculation    
Keputusan
Kadar Metabolisma Asas(BMR) 
A. Keperluan Jika Ingin Mengekalkan Berat Semasa
Kalori cal
Karbohidrat(55%) cal =  gram
Protein (15%) cal =  gram
Lemak (30%) cal =  gram
B. Keperluan Jika Ingin Menurunkan Berat     per minggu *
Kalori cal
Karbohidrat (55%) cal =  gram
Protein (15%) cal =  gram
Lemak (30%) cal =  gram
C. Keperluan Jika Ingin Menambah Berat     per minggu
Kalori cal
Karbohidrat(55%) cal =  gram
Protein (15%) cal =  gram
Lemak (30%) cal =  gm
Dunia-sihat.blogspot.my


Gambar di atas merupakan satu contoh nilai-nilai kalori bagi makanan feveret rakyat malaysia. Tekan pada gambar untuk saiz yang lebih jelas

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...